31 Jul 2011

Selamat Berpuasa.

Assalamualaikum,

Sorry sebab dah lama sangat saya tak update blog ni. Oh ya, selama ni saya gelar diri saya sebagai 'aku'. Nampak macam brutal sangat. Sempena nak sambut bulan puasa ni, biarlah jangan brutal-brutal sangat, ye dok?  Saya nak jadi sopan-sopan gitu. Lagipun, saya biasa gelar 'saya' dengan kawan-kawan cyber yang rock. Ok, terlalu banyak 'saya' sampai korang pun jadi saya. -.-

~Tutup Cerita~

Yeayy, esok puasa. Siapa yang tak eksaited memang tak taulah saya nak cakap apa. Wa cakap lu en, puasa ni best sebenarnya. Kenapa best pulak sebab siang-siang tak boleh makan tak boleh minum? Saya yang suka makan pun rilek je. Chill lah weh. Bagi aku puasa best sebab :-

  • Syaitan semua diikat kat dalam neraka. Sape yang tak suka weh? Bolehlah kita jadi baik tanpa gangguan syaitan. Kan kan?
  • Kita boleh diet secara beribadah. Tapi bukan diet siang je, masa berbuka janganlah melantak sampai habis semua makanan kat atas meja nun. Gerenti masa raya slim je nanti. :)
  • Selain tu, kita akan lebih rapat dengan Allah. 

Ada banyak lagi sebab-sebab yang saya rasa saya suka bulan Ramadan ni. Tapi saya tulis setakat ni jelah. Lagipun, takkan ada orang yang nak baca post saya yang panjang lebar tapi isi dalam post sangatlah tak best. Sabor jelah ekk. 

Untuk korang semua, hari ni tidurlah awak-awal, biar senang nak bangun sahur esok. Yelah, bangun sahur untuk hari yang pertama berpuasa memanglah susah. Paling liat nak bangun en. Tapi mesti terus semangat bila nampak lauk sahur semua sedap-sedap. Hehe. Sekali lagi cinta, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN YANG PENUH BERKAT NI. :D




P/s: Janggalnya saya guna saya-saya ni. Takpe, tak brutal pun tak brutallah, janji jadi baik. ;D

9 May 2011

Puas Hati. Muahaha

Selamat sejahtera,

Kerja sekolah hari ni sikit je, bolehlah aku update blogku yang tersayang ni. Hik hik. Minggu lepas, cikgu KH kitaorang ada bagi kerja sekolah. Kerjanya kena jahit. HAHA. Itu pun nak cerita. =.='

Sebab seminggu jahit tak siap-siap, aku rasa banggalah bila kerja ni dah siap tadi. Puas hati aku. Miahaha.Yang aku pelik, masa belajar KH dekat sekolah rendah dulu, memang tak ada ciri-ciri nak minat menjahit. Bila dah sekolah menengah pulak rajin nak jahit-jahit ni. Nak nengok hasilnya? Nah nengok...

Tak lawa pongg. Takpelah, redha jelah dengan tangan den yang tak lembut ni. Sabo jelah ~ 

Walaupun dah jahit-menjahit dan buat kerja paip etc, aku tetap tak suka subjek Kemahiran Hidup. Sejak darjah 4 lagi tau. Kalau bab ujian bulanan sebelum ni, memang aku tak pernah dapat A dalam KH. -..- Buku KH tu tanak tebal lagi. Kalau hari tu ada subjek KH, gerenti beg aku berat. Sabo jelah ~

------',@

Esok kena present kat cikgu Maizan waktu Sivik, 'Kita Satu Kumpulan' ke hape entah. Kumpulan aku nak berlakon cerita Hantu Kak Limah. Mula-mula aku macam tak setuju, habis tu nak buat macam mana, dekat semua orang setuju nak berlakon Hantu Kak Limah. Ikut jelah. Tak kuasa mak.

Tadi si Aribah cakap nak buat latihan. Last-last tak jadi. Puncanya, Aribah ni lambat naik kelas nak buat latihan. Dah tinggal berapa minit je nak balik. Kalau nak buat latihan dalam 15 minit mana sempat. Lepas tu semua blah dengan perasaan gembira, sebab masing-masing nak nengok cerita Marimar. HAHA. Best wooh cite Marimar.

Aribah and Hidayu. *jahat gila, pakai letak je gambar diaorang.mintak maap ye*

p/s: Pemanasan global sungguh tidak cool. Jerawat dah buat kerajaan kat muka aku. Dayum. -.-

8 May 2011

Selamat Hari Ibu, Mama

Selamat sejahtera,

Mama, Mama. Engkaulah ratu hatiku. ~

Yeayy, hari ni Mother's Day. Kepada Pn. Mardiah binti Ja'affar, Selamat Hari Ibu. Adik sayang Mama ketat-ketat. Tak lupa jugak kat Kak Farah dan Kak Juji *bukan panggilan sebenar*. Selamat Hari Ibu juga. :D

 *sumber weheartit*

Walaupun hari ni Hari Ibu, tapi kitaorang tak kasi Mama apa-apa hadiah pun. Bukan tak sayang, tapi masih dalam masalah kewangan. Hahaha. Takdelah, bukan tu masalahnya. Birthday Mama kite 24 Mei nanti. Haa, hari tu nanti kitaorang pakat nak buat surprise grand grand untuk Mama yang terchenta. Erk, mungkin tak berapa grand kot. -_-'

Hadiah Hari Ibu yang aku rasa Mama sangat hargai mungkin kad Mother's Day yang kitaorang adik-beradik tulis untuk Mama. Rasanyalah kot. Sebab Mama simpan sampai sekarang. Aku spoil'kan kad tu dengan tulisan aku yang macam cakar ayam. Aku rasa ayam tulis kad untuk mak dia lagi lawa kot. Itulah pentingnya tulisan education. Heh?

Gambar Mama and Abah masa abang aku grad kat USA. :)

Mama kesejukkan masa jalan-jalan sekitar kat negara orang. 

Gambar aku dengan Mama mana ekk? Erk, aku ni memang malu bergambar. Orangnya bukannya cantik, sebab tu malu nak bergambar. Nanti aku carilah gambar-gambar lama. Mana tahu ada gambar aku dengan Mama. Kalau ada, nanti aku tepek kat blog ye. 

Aku nak letak ayat syahdu-syahdu, tapi agak bukan diriku. *Eceh.* Sebnornya, orang yang berdarah B ni oraang yang susah nak ucapkan kata-kata syahdu depan-depan. So, faham-faham jelah ye perangai orang darah B ni. Sekian. :D

p/s: Aku minat pulak jahit-jahit ni. Lagi0lagi kalau jahit craft felt. Doakan aku berjaya. Haha tak memasal. 



4 May 2011

Blog baru lagi dan lagi

Salam sejahtera,

Tingkatan 1, permulaan zaman persekolahan alam remaja yang memenatkan. Kelas aku, blok yang paling belakang dekat tingkat 4. Budak-budak kelas aku dah tak berapa nak gemuk. Lain gila masa mula-mula jumpa masa start sekolah. Kerja rumah pun bertimbun. Actually, masa aku tengah update blog ni pon kerja rumah belum sentuh lagi. Malas nak buat okey. Pandai-pandailah aku jaga diri esok. Jauh menyeleweng dengan tajuk entri hari ni.

-------,'@

Seriously, dekat 4-5 kali jugak buat blog. Buat pastu buang, buat pastu buang balik. Gilo apo? Sekarang tiba masanya untuk berblogging semula. Aku nak jaga blog ni elok-elok dan tak nak hampakan orang yang banyak menolong aku dalam membuat blog ini. Eceh. First time punya entri, formal sikit takpekan? Lain kali aku takkan formal sangatlah, ye. Boringkan baca benda-benda yang formal ni.

Orang yang banyak tolong aku ni sebnornya kawan siber je. Tapi dia punya baik, wa cakap lu. Nangis terharu woihh. *dah hilang dah ayat formal dari makcik ni.* Dia keluarkan duit semata-mata untuk blog aku ni. Aku punya terharu sampai nak cakap apa pon semua tak keluar. Hanya terima kasih dapat aku ucapkan. *eceh.* Aku cadang nak bagi dia hadiah. Makcik, just wait and see ye. Muahaha.

I think baiklah aku tutup laptop ni. It's already 10 p.m. and homework pun aku belum sentuh. Till then. :D