31 Jul 2011

Selamat Berpuasa.

Assalamualaikum,

Sorry sebab dah lama sangat saya tak update blog ni. Oh ya, selama ni saya gelar diri saya sebagai 'aku'. Nampak macam brutal sangat. Sempena nak sambut bulan puasa ni, biarlah jangan brutal-brutal sangat, ye dok?  Saya nak jadi sopan-sopan gitu. Lagipun, saya biasa gelar 'saya' dengan kawan-kawan cyber yang rock. Ok, terlalu banyak 'saya' sampai korang pun jadi saya. -.-

~Tutup Cerita~

Yeayy, esok puasa. Siapa yang tak eksaited memang tak taulah saya nak cakap apa. Wa cakap lu en, puasa ni best sebenarnya. Kenapa best pulak sebab siang-siang tak boleh makan tak boleh minum? Saya yang suka makan pun rilek je. Chill lah weh. Bagi aku puasa best sebab :-

  • Syaitan semua diikat kat dalam neraka. Sape yang tak suka weh? Bolehlah kita jadi baik tanpa gangguan syaitan. Kan kan?
  • Kita boleh diet secara beribadah. Tapi bukan diet siang je, masa berbuka janganlah melantak sampai habis semua makanan kat atas meja nun. Gerenti masa raya slim je nanti. :)
  • Selain tu, kita akan lebih rapat dengan Allah. 

Ada banyak lagi sebab-sebab yang saya rasa saya suka bulan Ramadan ni. Tapi saya tulis setakat ni jelah. Lagipun, takkan ada orang yang nak baca post saya yang panjang lebar tapi isi dalam post sangatlah tak best. Sabor jelah ekk. 

Untuk korang semua, hari ni tidurlah awak-awal, biar senang nak bangun sahur esok. Yelah, bangun sahur untuk hari yang pertama berpuasa memanglah susah. Paling liat nak bangun en. Tapi mesti terus semangat bila nampak lauk sahur semua sedap-sedap. Hehe. Sekali lagi cinta, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN YANG PENUH BERKAT NI. :D




P/s: Janggalnya saya guna saya-saya ni. Takpe, tak brutal pun tak brutallah, janji jadi baik. ;D

No comments:

Post a Comment